Thursday 10 July 2014

VIVIX !

Assalamualaikum dan salam ramadhan.
Kali ni nak kongsikan satu lagi produk Shaklee yang sangat berkesan. In syaa Allah Vivix sangat berkesan dalam membantu pesakit2 stroke, barah dan kencing manis. Dibawah ni ada disertakan testimoni2 pengguna Vivix.

Sebelum ni memang tak ambik port sangat pasal Vivix ni sebab mahal. TAPI untuk bulan ni sahaja Shaklee buat promosi !! JIMAT RM100 dengan setiap pembelian sebotol Vivix. RM100 ok. banyak tu bezanya.. so apa lagi kan, cepat grab peluang keemasan ni !

Monday 9 June 2014

Lagi testimoni Vitamin E Shaklee






Greentown Dimsum Restaurant

Tengahari tadi kami lunch di Greentown Dim Sum Restaurant. Kaklong la yang semangat sangat nak pergi sini. Siap google bagai. Buat yang menggemari makanan-makanan ala-ala kantonis ni memang sesuai sangat lah. Dekat sini bukan jual dim sum je.. makanan lain macam nasi goreng kampung, kueytiow goreng dan claypot pun ada jugak. tapi western food takde. tempat selesa. Boleh makan kat luar atau boleh makan kat dalam tempat ber aircond. Dari segi harga rata-rata RM7-RM8.. dim sum pulak dalam RM4-RM5 untuk satu set. satu set dim sum ada 3 biji. Sedap !

Oh yea.. Kat sini makanannya memang diiktiraf halal ye. Sebab tu la kot jadi antara tumpuan penggemar dim sum sebab susah jugak nak cari dim sum halal. hee. Land mark restaurant ni dia betul2 depan pejabat PTPTN area greentown nova tu. Selamat mencuba. eh. HAHA.

Sunday 8 June 2014

Employee's Nite

Tak sangka company sampai celebrate 5 bulan aku kat sini secara besar-besaran. HAHA. hambar sangat kan.. hee kebetulan pulak Annual Dinner buat tarikh genap aku 5 bulan kat sini. Dinner yang simple dan seadanya bagi aku. Tema dinner malam tu Crazy Hat tapi yang aku nampak Crazy Attire.. wuwuwu mana2 operator yang biasa pakai uniform tu memang bertukar 360 darjah ! Overall best la bagi aku cuma hingaqqq sangat. Makan best, game best, doorgift best, artis best, em apa lagi .. ohh ade yang tak best.. aku tak dapat pape pun untuk lucky draw ! hehe. gambar pun tak banyak sangat aku ambik.

Bila dinner macam ni serious teringat masa zaman belajar dulu.. sama-sama cari baju dengan housemate.. sama-sama mekap n siap-siap.. snap gambar sama-sama.. rindu.....


Wednesday 4 June 2014

Hari Graduasi Cik Aimy

alkisahnya.. dalam 2 minggu lepas

aku konvo. 19 mei 2014, hari Isnin, hari yang sangat2 ditunggu-tunggu. hari yang bagi aku akan jadi hari yang sangat istimewa. yelah meraikan penghabisan belajar selama 3 tahun sebagai pelajar ijazah sarjana muda. macam-macam dah aku lalui. dan yea.. semua pelajar pun rasa benda yang sama.
Maka bermula lah istiadat konvokesyen uitm perak yang ke 80. aku sidang petang.. pukul 2 masuk dewan. masa masuk dewan tu ibu bapa semua dah duduk tinggal kami je jalan kat tengah2 laluan dikelilingi ibu bapa. masuk je dewan aku dah cari mak abah. Nampak ! yeayy. masa tu abah tengah rekod video. hehe aku pun otomatik lambai-lambai buat peace bagai sambil jalan. hahaha.
aku grad dengan ijazah kelas kedua tinggi. 4 kali dapat anugerah dekan dan 2 kali tak dapat. takpe aku redha dan rasa bahagia. Alhamdulillah. nombor giliran aku 44. hee. habis je istiadat pengijazahan tu.. aku pun terus keluar dewan dan cari mana famili aku. 
untuk konvo kali ni paling meriah sebab masa kaklong n abang aku konvo.. mak abah je dapat datang. tp time aku ni ada mak abah abang dan maklong. hehehe. ok bila dah nampak mereka dari jauh.. aku pun cepat2 jalan pergi kt diorang. thennn sampai je aku kt situ.... wahhhh banyak sgt bunga aku dapat. besar-besar pulak tu. siyes seronok. setiap bunga tu ada bear pulak. kaklong n famili pun ade kirimkan jugak. masa first salam n peluk mak tu sebakkk sebab mak dah sebakkk. sampai aku tercakap.. makkk jangan nangis nanti aimy nangis. huu :'(
rasa terharu, blur, gembira mmg semualah ada. terima kasih sangat2. Alhamdulillah. penat jugak bergambar. hihi. abang n abah aku la rajin sangat tangkap gambar. HEHE. lepas dah tangkap gambar kat dewan.. kami gerak pergi tangkap gambar official. then sebelum pulangkan jubah tu.. sempat jugak bagi mak melaram pakai jubah konvo tu. haha. mak nampak sangatt muda. hehe.
Alhamdulillah.. tamat dah tempoh 3 tahun pengajian aku. memang rasa kejap. yelah sebab dah habis. HAHA. aku bersyukur sangat-sangat takde menganggur. habis viva terus start kerja. even kerja biasa tapi dah permanent. syukur2. 
walaupun ada lagi insan tersayang yang lain tak dapat datang tapi ingatan mereka dah cukup bermakna untuk aku. :) lebiu2.
so next master ? haha tak kot buat masa ni. tapi yelah perancangan Allah kita mana nak tau. hee tu lah serba sedikit coretan hari indah aku. Alhamdulillah.

Owner of the blog

Assalamualaikum, hye !
Saya Aimy Najwa sebagai pengedar sah Shaklee :) Dalam blog ni saya akan share dan promote pelbagai produk Shaklee dan juga pelbagai info menarik termasuklah cerita diri saya sendiri. agaga. ok happy reading !

Tuesday 3 June 2014

Testimoni


Set Bajet !

VITAMIN E SHAKLEE + ESP

Orang selalu tanya...kenapa nak hilangkan tanda-tanda hitam pada kulit kene ambk ESP dan Vitamin E?

Macam yang kita sedia maklum yang Vitamin E ni mmg berfungsi untuk
Mengurangkan jeragat, parut & jerawatMengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
Parut strecth mark menjadi semakin pudar.dan banyak lagi khasiatnya, yang tidak dapat dinafikan...dan kenapa perlu ambik dengan ESP pulak' dan macamana ESP Protein boleh dikaitkan dengan kulit yang cantik dan mudaso ini jawapannya.. Protein kan penting untuk memperbaiki tisu dan sel. Ia juga sangat penting dalam menggantikan sel- sel lama dan mati. otot, rambut, kuku, kulit kita semua dibentuk dari protein. hormon juga adalah pengguna protein yg aktif dalam tubuh kita. tu sebab rambut yang menipis dan kedutan yang banyak di wajah berkait rapat dengan kurangnya protein. jadi bila sel kita terjana kembali dengan cepat, itulah sebab kulit kita pun nampak cantik muda dan glowish..parut jerawat pun cepat hilang.

Kelebihan yang ada pada Vitamin E Shaklee !

VITAMIN E 400IU - SHAKLEE

ANTI PENUAN -
Makan 1 kapsul Vitamin E setiap hari membantu melambatkan proses penuan,mengurangkan kedut,garis halus,akne,serta bintik penuan.Ianya juga mampu membaik pulih tekstur kulit,ton muka,dada serta otot peha kita.

MELINDUNGI JANTUNG -
 Dengan pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat.Ia mampu melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid,meningkatkan kolestrol HDL,mengurangkan tekanan darah,menghalangg platelet darah dari melekat kedinding arteri dan menghalang ANEMIA HEMOLITIK,penyakit JANTUNG DLL.

ANTI OKSIDAN YANG KUAT -
Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-Oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan KANSER ,mengukuhkan sistem imun,menghalang @ melambatkan pertumbuhan TUMOR,mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas.Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah kesihatan.

MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN REPRODUKTIF -
Kajian menunujukkan pada tahun 1924,Vit E mampu memulihkan reproduktif.Jika para lelaki mengambil 600IU -800IU Vit E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Beza vitamin E Shaklee dengan Vitamin E yang lain

Tengah mencari Vitamin E untuk kesihatan kulit anda? Vitamin E Shaklee mempunyai kelebihan - kelebihan yang tiada pada Vitamin E lain. Vitamin E Shaklee mengandungi Grape Seed Extract yang pastinya ada banyak kebaikan dan manfaatnya kepada kulit dan tubuh anda.


Kelebihan dan Kebaikan Grape Seed Extract adalah


• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia

• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu

sistem tubuh manusia

• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol

• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan

terhadap serangan penyakit

SET D + ESP

B complex

menghalang daripada stress
membantu peredaran darah agar wajah tidak kelihatan pucat
menaikkan seri muka
menghilangkan kelesuan
perbaiki mood agar sentiasa happy

Vitamin C

membentuk kolagen
mencantikkan dan muluskan kulit
menganjalkan kulit
mampu pulihkan wajah dari sunburn
mencerahkan kulit
memperbaiki wajah kusam
pulihkan kulit wajah yang kasar

Vitamin E

melembabkan kulit
menghilangkan kesan jerawat & jeragat
anti oksidan
anti penuaan
manghalang jerawat dari datang kembali
memberikan tona wajah sekata
mengurangkan kedut dan garis halus

ESP

baikpulih sel-sel dan tisu yang rosak
hilangkan kesan parut jerawat, jeragat, chicken pox & stretch mark