Wednesday 4 June 2014

Hari Graduasi Cik Aimy

alkisahnya.. dalam 2 minggu lepas

aku konvo. 19 mei 2014, hari Isnin, hari yang sangat2 ditunggu-tunggu. hari yang bagi aku akan jadi hari yang sangat istimewa. yelah meraikan penghabisan belajar selama 3 tahun sebagai pelajar ijazah sarjana muda. macam-macam dah aku lalui. dan yea.. semua pelajar pun rasa benda yang sama.
Maka bermula lah istiadat konvokesyen uitm perak yang ke 80. aku sidang petang.. pukul 2 masuk dewan. masa masuk dewan tu ibu bapa semua dah duduk tinggal kami je jalan kat tengah2 laluan dikelilingi ibu bapa. masuk je dewan aku dah cari mak abah. Nampak ! yeayy. masa tu abah tengah rekod video. hehe aku pun otomatik lambai-lambai buat peace bagai sambil jalan. hahaha.
aku grad dengan ijazah kelas kedua tinggi. 4 kali dapat anugerah dekan dan 2 kali tak dapat. takpe aku redha dan rasa bahagia. Alhamdulillah. nombor giliran aku 44. hee. habis je istiadat pengijazahan tu.. aku pun terus keluar dewan dan cari mana famili aku. 
untuk konvo kali ni paling meriah sebab masa kaklong n abang aku konvo.. mak abah je dapat datang. tp time aku ni ada mak abah abang dan maklong. hehehe. ok bila dah nampak mereka dari jauh.. aku pun cepat2 jalan pergi kt diorang. thennn sampai je aku kt situ.... wahhhh banyak sgt bunga aku dapat. besar-besar pulak tu. siyes seronok. setiap bunga tu ada bear pulak. kaklong n famili pun ade kirimkan jugak. masa first salam n peluk mak tu sebakkk sebab mak dah sebakkk. sampai aku tercakap.. makkk jangan nangis nanti aimy nangis. huu :'(
rasa terharu, blur, gembira mmg semualah ada. terima kasih sangat2. Alhamdulillah. penat jugak bergambar. hihi. abang n abah aku la rajin sangat tangkap gambar. HEHE. lepas dah tangkap gambar kat dewan.. kami gerak pergi tangkap gambar official. then sebelum pulangkan jubah tu.. sempat jugak bagi mak melaram pakai jubah konvo tu. haha. mak nampak sangatt muda. hehe.
Alhamdulillah.. tamat dah tempoh 3 tahun pengajian aku. memang rasa kejap. yelah sebab dah habis. HAHA. aku bersyukur sangat-sangat takde menganggur. habis viva terus start kerja. even kerja biasa tapi dah permanent. syukur2. 
walaupun ada lagi insan tersayang yang lain tak dapat datang tapi ingatan mereka dah cukup bermakna untuk aku. :) lebiu2.
so next master ? haha tak kot buat masa ni. tapi yelah perancangan Allah kita mana nak tau. hee tu lah serba sedikit coretan hari indah aku. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment